Cara Melebatkan Bulu Kucing


Adalah sangat menarik dan menyenangkan hati jika kita memiliki kucing yang berbulu cantik, berbulu lebat, gebu dan tidak gugur. Kebiasaannya bulu kucing yang cantik datang dari keturunan kucing itu sendiri. Tetapi jika kita pemilik tidak menjaganya dengan baik, kucing yang cantik dan gebu akan kelihatan comot dan menggelikan.

Tidak hairan ada juga pemilik kucing yang sanggup berhabis duit mengeluarkan kos yang besar untuk mendapatkan bulu kucing yang cantik dan mengekalkannya. Mereka menghantar kucing kesayangan ke spa kucing untuk membuat dimandikan, grooming, pedicure dan pelbagai lagi. 

Kenapa Bulu Kucing Gugur?


a. Penyakit atau stress pada tahap kronik dalam tempoh yang lama.

b. Hormon tidak seimbang atau masalah metabolisme.

c. Gangguan penghadaman seperti cirit-birit yang kronik, parasit dalaman (cacing) & luaran (kutu, hama) dan kanser.

d. Arthritis atau obesiti turut menyebabkan masalah kulit seperti kelemumur.

Ciri-Ciri Bulu Sihat - Berkilat dan lembut, tidak kasar atau rapuh.



Ciri-Ciri Kulit Sihat - Kulit dalam keadaan lembut dan bersih, tidak berminyak, berkuping atau berbonggol.


Sebenarnya ada cara semulajadi yang boleh dilakukan sendiri untuk mendapatkan bulu kucing yang cantik, lebat dan sihat. Berikut adalah tips dan cara yang boleh dilakukan untuk melebatkan bulu kucing.



1. Sikat Bulu Kucing Anda Setiap Hari.



Sikat bulu kucing anda menggunakan sikat khas untuk kucing atau sarung tangan bersikat. Sikatlah bulu kucing anda sehari sekali bagi menghilangkan stress pada kucing dan mencantikkan bulunya. Dengan menyikat bulu kucing, semua bulu yang telah mati akan hilang dan digantikan dengan yang baru.



2. Mandikan Kucing.



Bagi mendapatkan bulu kucing yang lebat, mandikan mereka seminggu sekali. Gunakan syampu khas untuk kucing bagi mencegah kutu dan hama serta mengilatkan bulu.



3. Campur Kuning Telur Pada Makanan 3 Kali Seminggu.




Berikan kucing anda kuning telur sahaja seminggu 3 kali yang dicampur dengan makanan lain samada wetfood atau kibbles mereka. Pastikan diasingkan telur putih kerana ia tidak baik untuk kesihatan kucing.



4. Berikan Minyak Ikan (Omega 3)



Beri makan minyak ikan kepada kucing anda seminggu sekali untuk kesihatan bulu kucing. Kandungan omega 3 pada minyak ikan bagus untuk kesihatan tubuh dan bulu kucing.



5. Jemur Kucing atau Biarkan Mereka Bermain Di Luar.



Biarkan kucing anda bermain di luar pada siang hari. Jangan biarkan mereka bermain terlalu lama atau sehingga lidah mereka terjelir kerana kepanasan.